Saturday, April 10, 2010

mencari yang luar biasa..


Bersemangat!


Hari ini..selasai menjalani "latihan dalam perkhidmatan" yang dilaksanakan di Kolej Komuniti Ledang..penceramahnya Dr.Kamarudin bin Md Tahir..walaupun kehadiran rakan-rakan ke kursus ini tidak 100% tetapi dari feedback yang ku dengar ia sangat berjaya..ermm pasni boleh la buat lagi ya..alhamdulillah!

Sabda Rasulullah s.a.w "Sampaikan dariku walau satu ayat"..nanti kita sampai-sampaikanlah pada rakan yang tidak dapat hadir ya..

diantara input-input yang ku dapat ialah tentang ciri-ciri pekerja cemerlang:
1.Kerja adalah hobi baginya.
2.Datang awal balik lambat.
3.Sangat berdisiplin.
4.Kualiti kerja lebih dari biasa.
5.Hormati & bersangka baik.
6.Waktu kerja 8jam kadang-kadang 12jam.
7.Idea yang unik, berpakaian kemas & wajah sentiasa tenang..


p/s:hari nie tahap motivasi diri sangat tinggi!

No comments: