Tuesday, May 3, 2011

Ulangtahun ke 2.


Syukur Alhamdulillah...dua tahun sudah..dengan kehadirannya Adam Alfi sebagai pengikat kasih kami..Rumahtangga menjadi bertambah baik & sempurna. Walaupun usia rumahtangga baru berusia 2 tahun. Pelbagai rasa, manis, masam, pedas, emosi bercampur baur, segala rintangan diharungi. Ujian datang & pergi adalah tanda Allah sedang mendidik kami. Bersyukur pada Allah kerna masih memelihara kami dari segala dugaan & nafsu amarah.

Bila diawal perkahwinan boleh dikatakan seronoknya kahwin tapi bila sudah bertambah tanggungjawab & peranan itulah jadi tidak seronoknya, apatah lagi nak berseronok-seronok..betul kata orang sebelum kawin, lakilah sejenis mahkluk yang peramah & pandai mengayat (bising) si perempuan pula senyap saje & control ayu, bila sudah kawin, jadi terbalik beb..si laki jadi pendiam & perempuan pulak selalu aje bising..hihihi itulah kehidupankan, kalau tidak, tak berwarnalah hidup kita.

Bagi ku kesukaran jaga & asuh anak adalah sesuatu yang kesukaran yang amat mengembirakan kerna orang yang tiada anak pun susah juga hatinya sebab tiada anak. Alhamdulillah!. Walau masa pada diri & pada pasangan sudah berkurangan kerana tumpuannya pada anak. its ok..ia satu pulangan yang lumayan.Insyallah.

Bila tiba ulangtahun ni..ia satu hari yang mana ia akan membuatkan otak berfikir sepanjang tahun yang lalu apa perkara yang ku buat untuk isteri & anak...adalah ia cukup & sekadar mencukupi..Ya Allah permudahkanlah apa yang kami lakukan & cukupkanlah apa yang ada pada kami..kerna Nabi bersabda "Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah paling elok akhlaknya dan paling penuh kasih sayang kepada keluarganya" jadikanlah aku seperti yang Nabi katakan.Ameen.

p/s: moga hari yang akan datang bertambah baik & kami sentiasa beryukur dengan apa yang ada..=)

No comments: