Saturday, October 30, 2010

Sejarah untuk ilmu @ kepentingan politik?

Timbalan Editor Sin Chew Daily, Tay Ting Hian menulis sebuah artikel yang mempersoalkan mengenai kewajaran subjek Sejarah sebagai wajib lulus seperti yang disiarkan akhbar itu pada 26 Oktober lalu. Tulisnya membuatkan orang ramai tertanya-tanya kenapa perlunya Sejarah menjadi subjek lulus dan bukannya bahasa Inggeris, Matematik atau bahasa ibunda?

Subjek Sejarah diakui penting kerana dalam mencapai negara maju dan berpendapatan tinggi, ia adalah perjalanan penting dan boleh menjadi penambah nilai yang sebenar. Tetapi subjek sejarah itu diperlukan untuk politik. Contohnya seperti sejarah pemerintahan kerajaan Melaka, UMNO menerajui negara ini sehingga mencapai kemerdekaan, adanya kontrak sosial dalam masyarakat yang tidak boleh diganggu gugat dan Barisan Nasional telah membawa negara ini menjadi aman dan makmur.

Sejarah ini mungkin mahu diturunkan kepada generasi anak cucu. Di negara-negara maju, bahan sejarah bukanlah pendidikan ideologi mereka. Sebaliknya sejarah itu menjadi bahan inspirasi pemikiran awal rakyat. Mereka tidak menjadikan subjek Sejarah sebagai alat untuk berkhidmat kepada politik. Ia semata-mata untuk pendidikan naluri kemanusiaan dan sebab kewujudan subjek itu semata-mata untuk kemajuan dalam masyarakat mereka.

Sebagai contoh dalam mata pelajaran Sejarah di Amerika Syarikat (AS), diterangkan mengenai orang Eropah yang berhijrah ke tanah besar Amerika. Pelajar-pelajar kemudiannya akan mengkaji bahan sejarah itu dan mencari bahan serta buku rujukan, membuat tesis mengenainya. Inilah baru benar-benar cara mendidik mata pelajaran Sejarah.

Tetapi kita tidak berani memikirkannya. Adakah dalam kaedah mengajar subjek Sejarah itu guru-guru membenarkan perdebatan mengenai sejarah Semenanjung Melayu ini? Tamadun Hindu wujud sebelum tahun 1400 sebelum Masihi atau sejarah selepas tahun 1400 iaitu ketika zaman Parameswara datang ke Melaka?

Sama juga sejarah UMNO, MCA dan MIC. Selain parti ini, adakah sejarah parti-parti lain dimuatkan ke dalam subjek Sejarah. Antaranya pertubuhan dan gerakan sayap kiri serta sejarah sebenar perjuangan untuk kemerdekaan.

Berkenaan kontrak sosial dalam masyarakat pula, pakar sejarah sekali pun tidak faham dan merungkaikan mengenai hakikat ini. Bukankah mewajibkan syarat lulus subjek Sejarah itu akan hanya menggerunkan pelajar? Sedangkan keputusan itu dibuat ketika Perhimpunan Agung UMNO. Bukan diserahkan kepada pakar sejarah untuk dikaji dan dibincangkan. Keputusan dibuat seperti tidak dipolitikkan tetapi orang ramai berasa janggal.

dari Cuepacs

p/s: sama-sama kita tunggu dan lihat..

Friday, October 29, 2010

Setuju!

MELAKA 24 Okt. – Matapelajaran sejarah akan mula diperkenalkan di semua sekolah rendah seluruh negara pada tahun 2014.


Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, beberapa penambahan baru akan dimasukkan pada subjek Kajian Tempatan yang diajar pada murid tahap dua di sekolah rendah ketika ini.


Menurutnya, tambahan yang dibuat pada subjek tersebut termasuk aspek kewarganegaraan, patriotisme dan perlembagaan negara.


''Kita akan laksanakan subjek Sejarah di sekolah rendah dengan konsep seperti ‘education is fun’ dengan pendekatan seperti kuiz, lawatan ke tempat bersejarah dan rombongan ke Parlimen".


''Kita mahu jadikan ia sebagai matapelajaran yang mudah difahami dan dihayati murid sekolah rendah,'' katanya kepada pemberita selepas menutup persidangan perwakilan dwitahunan Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) ke-22 di sini hari ini.

p/s: saya nak tukar opsyen boleh?huhu

Islam itu terbuka..bukan terbuka sana sini..


p/s: kembalilah ke ajaran Islam yang sebenar!nanti rakyat yang ditimpa bala..

Wednesday, October 27, 2010

Ada apa pada nama??

MUHAMMAD ADAM ALFI
MMesra
UUntung
HHarum
AAmanah
MMenawan
MManis
AAlim
DDinamik
AAbadi
DDedikasi
AAsli
MMurah hati
AAdil
LLemah-lembut
FFleksibel
IIkhlas
Apa ada pada nama?

Wednesday, October 20, 2010

20102010


Allhamdulillah,syukur pada Allah..sesungguhnya Allah pengatur yang paling sempurna.Dia mengatur hidup ku.sentiasa dekat pada ku.dengar & tunaikan permintaan ku.berikan petunjuk pada ku.tanpa pernah gagal beri ku rezeki..Dialah Allah yang maha besar!

Apa yang ku rancana sebelum hari ini, walaupun tidak semua tercapai..tetapi ketika saat ini, ku rasa ada segalanya..isteri sebagai sahabat & kekuatan hidupku..punya cahaya mata sebagai penyeri rumahtangga & zuriatku..

Semoga selepas ini, hidup kami sekeluarga dilimpahi keberkatan, kesenangan, & kebahagian duniya wa akhirah...hati-hati kami penuh dengan cahaya imanMu..anak-anak kami menjadi orang yang terbaik!!amen..insyallah!

p/s:pernah ada plan pada tarikh ni baru nak kawin..tapi Allah berikan yang lebih baik dari apa yang ku mahu..insyallah ada rezeki nanti dapat ahli keluarga baru!tarikh lahir i sama dengan Hari HARTAL --->http://10tahun.blogspot.com

Wednesday, October 6, 2010

For the rest of my life...love u Noorhidayah!

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say
Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Through days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I...I`ll be there for you
I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say
*Repeat Chorus
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally
Repeat Chorus
I know that deep in my heart..

p/s:rindu kamu!!akan abang hargai segala pengorbanan dan kasih sayang ayang!tiada 2 3 atau 4..insyallah..