Tuesday, December 7, 2010

Sempena Tahun Baru!













p/s: kali ke 5 gunting rambut..huhu cepat aje panjang rambut adam ni..

Selamat Tahun Baru Hijrah 1432.

Selamat Tahun Baru Hijrah 1432 kepada semua umat Islam.
Semoga tahun ini membawa keberkatan kepada kita & menjadi mukmin
yang lebih baik dari tahun lalu.

Ikhlas dari:
Amar, Hidayah & Adam.

Wednesday, December 1, 2010

suami & isteri part 1

Tuesday, November 30, 2010

cantik ker unta?



Rasulullah SAW bersabda "Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka (isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis & ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”--> Hadith Riwayat Imam Ahmad.

Wednesday, November 24, 2010

Don't talk to me about Muhammed



p/s: rindu Muhammad!

Sunday, November 21, 2010

alfi suka ni empuk lagi wangi!!!




p/s: boroi2 pon ade manfaat tau..=)

Sunday, November 14, 2010

22 jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci

MEKAH: Seramai 22 jemaah haji Malaysia meninggal dunia di tanah suci, manakala 85 masih dirawat di hospital menjelang jemaah haji dari seluruh dunia mula bergerak ke Arafah hari ini untuk berwukuf di Arafah esok.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom ketika mengumumkan perkara itu bagaimanapun tidak memberikan pecahan jemaah lelaki dan wanita yang meninggal dunia.


Bagaimanapun, katanya, Lembaga Tabung Haji (TH) telah memaklumkan kematian mereka kepada keluarga masing-masing sambil menambah bahawa mereka sakit sebelum meninggal dunia. Bercakap kepada pasukan media TH yang membuat liputan Musim Haji 1431 Hijrah selepas meninjau operasi TH Mekah di Hotel Al-Janadriyyah petang semalam, Jamil Khir berkata TH akan membayar dam haji sebagai penghormatan kepada jemaah yang meninggal dunia bagi menyempurnakan haji mereka.

Dalam tinjauan itu, beliau disertai Pengerusi TH, Tan Sri Abi Musa Asa'ari Mohamed Nor serta Pengarah Urusan kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Ismee Ismail. Taklimat disampaikan Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd Salleh Abdul Mubin mengenai persiapan agensi itu menghadapi wukuf.


Jamil Khir berkata, empat jemaah yang meninggal dunia berumur 80 tahun ke atas; 70-79 tahun (lapan orang); 60-69 tahun (empat orang); dan 50-59 tahun (enam orang).


"Lapan puluh lima jemaah yang sakit tidak akan dihalang dari mengerjakan rukun haji. Mereka akan dibawa terus dengan ambulans ke Arafah dan dibantu urusan melontar jamrah serta tawaf haji dan saie haji," katanya.

Jamil Khir berkata, 71 orang dirawat di dua hospital Malaysia dan 14 lagi di hospital Arab Saudi di Madinah dan Mekah. Mereka yang dirawat terdiri daripada 46 lelaki dan 39 perempuan. Kebanyakan mengalami penyakit kulit dan sendi dan batuk.


Katanya, 28 jemaah yang lemah daya ingatan, kelainan upaya atau uzur akan dibantu secara satu pesakit satu petugas TH sehingga selesai mengerjakan rukun haji.

"Saya berpuas hati dengan persiapan yang dibuat....marilah sama-sama berdoa agar semua jemaah kita kuat dari segi mental dan fizikal supaya ibadah mereka lengkap dan mendapat haji mabrur," kata Jamil Khir.-- Bernama


myMetro.

rakyat diutamakan??

1. 5billion untuk menara 100 tingkat.
2. 64juta upgrade kediaman rasmi.
3. 5juta upgrade ICU HKL.
4. rm500 untuk gomen.
5. 800k untuk majlis keramaian.

p/s: susah cari pemimpin berjiwa rakyat..

Thursday, November 11, 2010

Chicken Pox

Pengenalan

Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air, jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Rebakan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox.

Pengidap chicken pox boleh merebakan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada di masa hadapan (umur dewasa).

Tanda dan Gejala

Pengidap chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam chiken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.

Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.

Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul.

Komplikasi

Ruam atau cacar air Chickenpox akan berkurangan dalam jangka masa 2 minggu dan biasanya tiada komplikasi. Adakala penyakit boleh jadi teruk walaupun pada kanak-kanak yang sihat dan mengakibatkan komplikasi teruk termasuklah kematian. Kumpulan berisiko untuk jangkitan serta mendapat komplikasi teruk:

  • Bayi baru lahir, di mana ibu tidak penah mengidap chicken pox atau pelalian chicken pox.
  • Ibu mengandung menyebabkan kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat dan kecacatan anggota boleh berlaku. Sekiranya ibu mengidap chickenpox seminggu sebelum kelahiran, ia boleh menyebabkan jangkitan serius serta membahayakan nyawa pada bayi.
  • Orang yang lemah atau kurang daya tahan akibat penyakit lain seperti HIV, barah sumsum tulang (leukaemia) dan pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi. Orang yang mengambil steroid berpanjangan pesakit asma dan sindrom nefrotik.
    Penghidap sakit radangan kulit (inflammation eczema).

Komplikasi akibat chicken pox:

  • Jangkitan kulit- menjadi lebam merah, bengkak dan sakit. Dehidrasi akibat muntah berterusan atau tidak minum air. Tanda dehidrasi ialah kurang kencing, mulut kering dan dahaga.
  • Kerosakan otak akibat radangan otak. Tanda-tanda radangan otak ialah sakit kepala teruk, keliru, mudah marah, leher keras dan belakang mengeras serta tidak sedarkan diri.
  • Radang sendi- sendi menjadi sakit, kejang dan bengkak
  • Jangkitan paru-paru (Pneumonia)- tanda-tanda seperti batuk, susah bernafas, pernafasan berbunyi (wheezing) dan sakit dada.

Rawatan

  1. Ubatan anti-viral :

Acyclovir atau immuno globulin diguna untuk merawat chicken pox. Rawatan amat berkesan sekiranya diambil segera dalam tempoh 24 jam dijangkiti. Ia akan mengurangkan keterukan dan komplikasi akibat chicken pox. Semua orang dewasa mendapat kebaikan dari rawatan antiviral di awal penyakit terutama yang kurang sistem daya tahan (orang lanjut usia, pesakit diabetes, pengidap HIV& AIDS serta rawatan steroid).

  1. Rawatan antibiotik

Komplikasi akibat chicken pox ; radangan kulit dan radangan paru-paru memerlukan rawatan antibiotik. Pesakit yang mendapat radang otak hendaklah dimasukkan ke hospital untuk rawatan antivirus.

  1. Rawatan di rumah

    • Sapu losyen calamine.
    • Ubatan antihistamin kurangkan gatal-gatal
    • Panadol untuk demam
Pencegahan

Pelalian memberi ketahanan sepanjang hayat, diberi pada umur 12-18 bulan. Pemberian pelalian- bawah umur 13 tahun terima hanya 1 dos, selepas umur 13 tahun. 2 dos, selang masa 4-8 minggu antara dos 1 dengan dos 2. Pelalian aktif diberi kepada kanak-kanak berisiko (antara 1- 5 tahun) sekiranya ahli keluarga ada chiken pox.

Dari Info Sihat.

p/s: sian ayang..risau kena kat adam alfi jek..abg pon tak pernah kena lagi..huhuhu..cepat2 sembuh ya..nak ajak tgk harry potter nxt week!

Wednesday, November 10, 2010

Michelle Obama kai tudung kepala.



p/s: Contoh baik first lady US. non-muslim hormat masjid lebih baik dari muslim tu sendiri.

Tuesday, November 9, 2010

ibu..adam nak adik!!






p/s:adam alfi: "ibu ibu!!!!!alfi da besoh ahh..alfi kan boring corang-corang!adam nak adik gegurl plak bu"..hihi

Monday, November 8, 2010

4 golongan lelaki ke neraka ..

Pertama:- 'Ayahnya' - Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- 'Suaminya' - Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal)maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- 'Abang-abangnya' - Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:-'Anak Lelakinya' - Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S.W.T.:-

" Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka,di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu.."

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda..Kesiankanlah mereka dan juga diri kamu sendiri..jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh ikhlas..

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga.

ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim masuk syurga..janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.Semoga kita semua tergolong dari ahli syurga yang memasukinya tanpa hisab.
AMIN YARABBALALAMIN

apa yang perlu kita buat, tolong copy paste yer, kemudian kita tolong sebarkan........
copy & paste dari Islamic Glory

p/s: Jangan jadi ibu ayah yang derhaka pada anak! kerna tanggungjawab kepada anak itu ada 4 perkara iaitu berkahwin dengan wanita yang soleha, menamakan anaknya dengan nama yang baik, mendidiknya dengan akhlak al-Quran & mengahwinkan anaknya dengan wanita yang soleha.

Wednesday, November 3, 2010

dia hanya tahu nangis..

dia hanya nangis...
bila dia lapar..

dia hanya nangis..
bila dia haus..

dia hanya nangis..
bila dia sakit..

dia hanya nangis..
bila dia panas..

dia hanya nangis..
bila dia terkejut..

dia hanya nangis..
bila dia ngantuk..

dia hanya nangis..
bila tahu ibu ayah dia tiada disisi..

si kecil itu..
dia hanya tahu nangis..

p/s: kesian lihat bayi yang dibuang..ia tidak berdosa..selagi ia bernyawa..dia hanya tahu nangis..

Saturday, October 30, 2010

Sejarah untuk ilmu @ kepentingan politik?

Timbalan Editor Sin Chew Daily, Tay Ting Hian menulis sebuah artikel yang mempersoalkan mengenai kewajaran subjek Sejarah sebagai wajib lulus seperti yang disiarkan akhbar itu pada 26 Oktober lalu. Tulisnya membuatkan orang ramai tertanya-tanya kenapa perlunya Sejarah menjadi subjek lulus dan bukannya bahasa Inggeris, Matematik atau bahasa ibunda?

Subjek Sejarah diakui penting kerana dalam mencapai negara maju dan berpendapatan tinggi, ia adalah perjalanan penting dan boleh menjadi penambah nilai yang sebenar. Tetapi subjek sejarah itu diperlukan untuk politik. Contohnya seperti sejarah pemerintahan kerajaan Melaka, UMNO menerajui negara ini sehingga mencapai kemerdekaan, adanya kontrak sosial dalam masyarakat yang tidak boleh diganggu gugat dan Barisan Nasional telah membawa negara ini menjadi aman dan makmur.

Sejarah ini mungkin mahu diturunkan kepada generasi anak cucu. Di negara-negara maju, bahan sejarah bukanlah pendidikan ideologi mereka. Sebaliknya sejarah itu menjadi bahan inspirasi pemikiran awal rakyat. Mereka tidak menjadikan subjek Sejarah sebagai alat untuk berkhidmat kepada politik. Ia semata-mata untuk pendidikan naluri kemanusiaan dan sebab kewujudan subjek itu semata-mata untuk kemajuan dalam masyarakat mereka.

Sebagai contoh dalam mata pelajaran Sejarah di Amerika Syarikat (AS), diterangkan mengenai orang Eropah yang berhijrah ke tanah besar Amerika. Pelajar-pelajar kemudiannya akan mengkaji bahan sejarah itu dan mencari bahan serta buku rujukan, membuat tesis mengenainya. Inilah baru benar-benar cara mendidik mata pelajaran Sejarah.

Tetapi kita tidak berani memikirkannya. Adakah dalam kaedah mengajar subjek Sejarah itu guru-guru membenarkan perdebatan mengenai sejarah Semenanjung Melayu ini? Tamadun Hindu wujud sebelum tahun 1400 sebelum Masihi atau sejarah selepas tahun 1400 iaitu ketika zaman Parameswara datang ke Melaka?

Sama juga sejarah UMNO, MCA dan MIC. Selain parti ini, adakah sejarah parti-parti lain dimuatkan ke dalam subjek Sejarah. Antaranya pertubuhan dan gerakan sayap kiri serta sejarah sebenar perjuangan untuk kemerdekaan.

Berkenaan kontrak sosial dalam masyarakat pula, pakar sejarah sekali pun tidak faham dan merungkaikan mengenai hakikat ini. Bukankah mewajibkan syarat lulus subjek Sejarah itu akan hanya menggerunkan pelajar? Sedangkan keputusan itu dibuat ketika Perhimpunan Agung UMNO. Bukan diserahkan kepada pakar sejarah untuk dikaji dan dibincangkan. Keputusan dibuat seperti tidak dipolitikkan tetapi orang ramai berasa janggal.

dari Cuepacs

p/s: sama-sama kita tunggu dan lihat..

Friday, October 29, 2010

Setuju!

MELAKA 24 Okt. – Matapelajaran sejarah akan mula diperkenalkan di semua sekolah rendah seluruh negara pada tahun 2014.


Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, beberapa penambahan baru akan dimasukkan pada subjek Kajian Tempatan yang diajar pada murid tahap dua di sekolah rendah ketika ini.


Menurutnya, tambahan yang dibuat pada subjek tersebut termasuk aspek kewarganegaraan, patriotisme dan perlembagaan negara.


''Kita akan laksanakan subjek Sejarah di sekolah rendah dengan konsep seperti ‘education is fun’ dengan pendekatan seperti kuiz, lawatan ke tempat bersejarah dan rombongan ke Parlimen".


''Kita mahu jadikan ia sebagai matapelajaran yang mudah difahami dan dihayati murid sekolah rendah,'' katanya kepada pemberita selepas menutup persidangan perwakilan dwitahunan Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) ke-22 di sini hari ini.

p/s: saya nak tukar opsyen boleh?huhu

Islam itu terbuka..bukan terbuka sana sini..


p/s: kembalilah ke ajaran Islam yang sebenar!nanti rakyat yang ditimpa bala..

Wednesday, October 27, 2010

Ada apa pada nama??

MUHAMMAD ADAM ALFI
MMesra
UUntung
HHarum
AAmanah
MMenawan
MManis
AAlim
DDinamik
AAbadi
DDedikasi
AAsli
MMurah hati
AAdil
LLemah-lembut
FFleksibel
IIkhlas
Apa ada pada nama?

Wednesday, October 20, 2010

20102010


Allhamdulillah,syukur pada Allah..sesungguhnya Allah pengatur yang paling sempurna.Dia mengatur hidup ku.sentiasa dekat pada ku.dengar & tunaikan permintaan ku.berikan petunjuk pada ku.tanpa pernah gagal beri ku rezeki..Dialah Allah yang maha besar!

Apa yang ku rancana sebelum hari ini, walaupun tidak semua tercapai..tetapi ketika saat ini, ku rasa ada segalanya..isteri sebagai sahabat & kekuatan hidupku..punya cahaya mata sebagai penyeri rumahtangga & zuriatku..

Semoga selepas ini, hidup kami sekeluarga dilimpahi keberkatan, kesenangan, & kebahagian duniya wa akhirah...hati-hati kami penuh dengan cahaya imanMu..anak-anak kami menjadi orang yang terbaik!!amen..insyallah!

p/s:pernah ada plan pada tarikh ni baru nak kawin..tapi Allah berikan yang lebih baik dari apa yang ku mahu..insyallah ada rezeki nanti dapat ahli keluarga baru!tarikh lahir i sama dengan Hari HARTAL --->http://10tahun.blogspot.com

Wednesday, October 6, 2010

For the rest of my life...love u Noorhidayah!

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say
Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Through days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I...I`ll be there for you
I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say
*Repeat Chorus
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally
Repeat Chorus
I know that deep in my heart..

p/s:rindu kamu!!akan abang hargai segala pengorbanan dan kasih sayang ayang!tiada 2 3 atau 4..insyallah..

Monday, September 20, 2010

Hari Raya 2010!

adam alfi dengan cik lela.

adam alfi dengan tok ayah.

rumah wak yah, batu pahat.

rumah embok,pekan nanas pontian.

parit lapis mahang, batu pahat.

rumah nek ngah, kulai.

kan best kalo mak ada..

rumah mak jah, sri lalang kluang.

rumah tok ayah.

ayang amek ni, thank u syg.

tahun ni turn abg, simpang renggam.

ramadan dengan adam di rumah mak tok, pontian.

p/s:next year turn ayang plak..=)

Friday, September 3, 2010

alfi pandai berbual da!!=)



p/s:bestnya..ada 2 minggu bersama ngn adam alfi kami..alhamdulillah!

Friday, August 27, 2010

dulu berdua sekarang bertiga!!=)

Tiada kata-kata yang terbaik untuk kami gambarkan perasaan kami ketika ini hanya ALHAMDULILLAH!Thank You Allah...dengan pemberian Mu yang tidak pernah putus untuk keluarga kami...

Thank You Allah

By: Maher Zain
I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
Further and further away from you
Ooooo Allah, you brought me home
I thank You with every breath I take.

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that’s when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you.

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

Allah, I wanna thank You
I wanna thank you for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope

O Allah, I wanna thank you
I wanna thank You for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank You for bringing me home

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

p/s:alhamdulillah..ayah sudah bayar fitrah untuk ibu & adam alfi!semoga tahun ni kita dapat beraya sama-sama dengan penuh kesyukuran & kebahagian!!amenn..

Saturday, August 14, 2010

Farisya & Alfi


p/s:syg kamu!

Friday, August 6, 2010

Syafiq, Huzaimah & baby....

Tahniah buat sahabat kami mohd syafiq & isteri kerana mendapat cahaya mata!pergghhh bunting pelamin..pape pon diharap syafiq@bajak dapat menjaga isteri dengan lebih baik pasni..

jurugambar yg tak bertauliah.
apa pasal tak suh aku aje yang baca doa...
sengih aje...
from N9 with love..
baju 2tahun lepas mane la muat agi cik jemah oii
tahniah pakcik makcik kerna sket ari agi dapat title datuk & datin..=)

p/s: barakallahumma lana wa baraka alaikuma wa jama'a bainakuma bilkhirr!!!...adam ade membe nak ngeteh bro!=)

2 bulan!




p/s:bila dapat duk bersama dgn ayah ibu???..huhu

7 Golongan Yang Mendapat Naungan Allah Di Akhirat

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, “Aku takut kepada Allah”, seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.”

(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)


p/s:sentiasa berdoa & berusaha untuk jadi salah satu dari golongan yang nabi Muhammad maksudkan..ameen =)

Tuesday, July 27, 2010

selamat hari lahir sayang..




selamat hari lahir yang ke24..semoga hubungan kita suami isteri semakin baik & diberkati olehNya..sayang semakin sihat & sentiasa mencapai kejayaan!amen.

Monday, July 5, 2010

baru tahu!!

huhu...macam2 bila dah ade anak ni..ingatkan senang aje tp susah & rumit nak jaga baby tau..terkenang jasa ibu ayah besarkan kita smpi dah bsar panjang ni (degil betul aku)..jgn ckp tak cukup tidur (aku cukup!tp hidayah tak cukup ler)huhu..tak sempat mkn...semua2 la..yg penting keperluan & kehendak adam alfi diutamakan dahulu..

1. hati2 bila anak angkat baby..sbb baby mudah terkehel tangan atau bahu dia..huhu pnah wat kat adam menangis tak berhenti2..

2. sebagai ayah tak sabo nak ajak dia jalan2 pi rumah tok ayah & ummi..sampai ke pagoh...ambik kau malam dia meragam berhenti (sian aku kena marah ngn dayah)..katanya kena kaco@masuk angin..ermmm macam2 dah cuba siap baca yassin pon xjalan..huahua last2 guna daun garuda..Alhamdulillah adam tak penah meragam lagi pas tu...yeaa
boleh rujuk:
http://www.melur.com/myherba.asp?plant_id=123&cat=HERBA

3. baru tahu pantang larang & cakap2 org tua tu penting..huhu walaupun semane modern gaya & terbukanya fikiran otak anda...ada sebab tersendiri & kesannya pada baby kita..

4. baby senang kena sawan.sebaik3 nya dlm masa pantang jgn la bawak dia jalan2..kecuali mustahak sgt..kalo nak bawak kuar..calitkan kapur makan kat cuping telinga & dahi..jgn banyak sgt nanti nampak cam nandek plak..

5. baby senang masuk angin@kembung perut...terutama laki-laki..selalu tutup kepala dia...jgn slalu kena angin..

6. org jawa letak penyapu lidi????tak masuk akal..aku tak wat..katanya kalo2 ade benda yg terbang2 atas baby dihingap kat lidi tu..tapi aku wat cara lain..amek kayu sugi yang dipakai letak kat tidur adam..lagi ok kan!hihi

7. waktu magrib kena pangku baby..waktu guruh kena pangku..takut terkejut leh kena sawan..baby mmg mudah kena sawan ker??ermm

8. mak ayah dia kena lah kuat solat & baca al-quran doakan anak semoga selamat..doa meraka yg paling mustajab!!

ermm lupa la..nanti tanya hidayah ape lg ek..


p/s: minggu kedua tanpa adam alfi & hidayah cantek..dah besor agaknya adam kami ni??

Thursday, June 24, 2010

Adam Alfi

19hb Jun 2010..saat yang paling sedih bagi aku & hidayah..ermmm sbb terpaksa meninggal adam alfi yang masih kecil lagi..masa ni umurnya baru 39hari masih menyusu badan..ruginya kami rasa sebab tidak dapat melihat adam membesar didepan mata kami sendiri..sian isteriku jugak terpaksa berpisah dengan dia..minta maaf ya adam alfi..ibu terpaksa menyambung pelajarannya!=( =(

ermm..hidayah dikehendaki menjalani pratikum di SMK Puchong Perdana.selama 14 minggu termasuk ROS 2minggu..bermula dari 21/6/10 sehingga 15/10/10...3hari sebelum berangkat pergi...hidayah asik nangis aje..sedih plak tgk dia camtu..Ya Allah kuatkan hatinya & tabahkan jiwanya!ameen~~~

p/s:awok!jgn la nangis camtu lagi kang abg dah ikut nangis sekali...nanti selalu la balik kita pi tgk adam ya!=)

Monday, May 31, 2010

saifulislam


"multaqa guru pendidikan islam dan jqaf
daerah muar & ledang 2010
"

masa : 8.00am - 1.00pm
tarikh: 22 Mei 2010
hari: Sabtu
tempat: MRSM Muar Johor

input:
  • Memberi itu lebih baik dari menerima!
  • Pupuk kasih sayang pada semua orang terutama pada anak murid.
  • 3 proses perubahan 1.akal --> tahu 2.hati --> mahu 3.nafsu -->mampu
  • lihat sesuatu dengan mata hati.
  • Tugas sebagai guru adalah ibadah.
  • Dakwah itu penting dalam hidup!
  • Mesti dakwah dengan Hikmah.

p/s:ceramah menarik, terhibur & tertarik dengan cerita Ustaz Hasrizal tapi tak leh fokus 100% sebab hati teringat adam sgt..pas seminar terus balik!huhu

Tuesday, May 11, 2010

Hari Yang Indah!


Segar dari perut ibu !!pas kena azan tidur lena awok ya!=)

  • 5.30 pagi:bangun bersiap untuk pi kerja.
  • 6.15 pagi:bertolak ke sekolah.
  • 7.15 pagi:Perhimpuanan Mingguan.
  • 7.50 pagi:Kelas al-Quran tahun 4bestari .....baru nak Bismillah...cik dayah telefon bagitau dah kuar tanda terus perasaan panic & gubra ku rasai..
  • 8.30 pagi:sampai umah amik cik dayah..lupa semua barang yang nk dibawa..sib baik ade gak brg yang telah ku prepare awal2 dlm but keta..kalo tak hancus!huhu
  • 9.00 pagi:singgah kedai baju tuk dipakai time hari guru pasal nak tambah kocek & gi cari roti telur kegemaran dayah..layankan..hihi (sib baik dayah dapat makan sbb nak bersalin nanti guna banyak sangat tenaga tau!)

Sunday, May 2, 2010

our first anniversary!

Syukur alhamdulillah...rumahtangga kami sudah berusia setahun!

p/s: kesabaran, tolak-ansur, hormat-menghormati, bantu-membantu..cinta kami abadan abada!

Thursday, April 29, 2010

Bos!!


bacalah ayat ini ketika menghadapi musuh!
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)".
ali-imran:200

p/s:ilmu dari ustaz zakaria..insyallah ku amalkan!