Thursday, April 29, 2010

Bos!!


bacalah ayat ini ketika menghadapi musuh!
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)".
ali-imran:200

p/s:ilmu dari ustaz zakaria..insyallah ku amalkan!

Wednesday, April 28, 2010

Tanggungjawabku!

1. Bersihkan & tanam Uri sebab uri adalah teman anakku semasa didalam perut isteriku.(masih terbayang2 uri pada bayi yang dibuang)

2. Azan di telinga kanan anakku & Qamat di telinga kirinya untuk mengingatkan perjanjiannya dengan Allah semasa di alam roh.

3. Mendoakannya agar menjadi anak yang soleh berguna pada agama & negara serta rajin bersolat.

4. Memilihkan nama anakku dari nama-nama yang terpuji & memberikan gelaran yang baik.

5. Aqiqah untuk kesyukuranku atas kurnian yang indah dariNya.

6. Mengkhatankannya.

7. Mendidik anakku agar mulia akhlaknya.

p/s:Abang memohon maaf & memaafkan segala kesalahan ayang agar ayang nanti mudah bersalin & selamat ya!sayang pada awak tak penah pudar...=)

Anak Lelaki!

Tahniah Norazimah Sabar melahirkan seorang lagi Khalifah Allah dimuka bumi ini semalam!semoga kelahiran anak mu membawa sinar bahagia dalam rumahtangga kamu berdua!

p/s:tak sabar dah nie...=)

Monday, April 26, 2010

Peranan Seorang Guru@Murabbi menurut Iman al-Ghazali.

1. Mendidik dengan kasih sayang seperti anak kita sendiri.

2. Mencontohi Nabi Muhammad s.a.w, perbaikilah tahap ikhlas kita tidak mengharapkan ganjaran dunia.

3. Menasihati Murid dalam segala hal, dengan membantu menyelesaikan segala permasalahan mereka.

4. Menjauhkan Sifat Mazmumah, pupuklah sifat Mahmudah.

5. Menghormati para ilmuan yang lain, jangan pandang hina dan menafikan ilmu yang ada pada orang lain.

6. Mendidik mengikut tahap kognitif mereka, mengikut pencapaian minda.

7. Menyampaikan Ilmu dengan telus, jangan membezakan murid yang lemah dan baik.

8. Melaksanakan Ilmu.

p/s:ramai cikgu yang boleh mengajar tapi tak ramai cikgu yang boleh mendidik!

Saturday, April 24, 2010

Teman Rakan Kawan=Sahabat

Teman Rakan Kawan=Sahabat

Wednesday, April 21, 2010

Tahniah Faiz Rahman!


Untuk cik mok!tahniah atas kejayaan..kerna dapat anugerah Ketua Jabatan di Konvokesyen Politeknik PD..pasni tambahkan usaha semoga berjaya diperingkat degree pulak kat UTHM ya..Doa agar sentiasa sihat & berjaya!ameen..=)

p/s:pasni masing-masing leh diet la ek..huhu

Saturday, April 17, 2010

Bersedia!

Tahniah kepada Fadzli Abu Bakar & Ustazah Faezah Md Dom kerna dikurniakan cahaya mata..Fadzli dapat anak perempuan & Ustazah Faezah dapat anak lelaki..due date mereka katanya awal bln 5..tup tup bersalin sudah..pape pun Alhamdulillah baby mereka sihat..=D

Due date hidayah plak pada 17hb 5 nanti (awal gak kot kuar)so untuk tidak ku jadi kelam kabut haru biru serambut..ku telah membuat awal2 segala persiapan untuk bersalin diantara:

1.al-quran
2.Kurma & air zamzam
3.beg
4.pakaian baby & ibu
5.pampers baby & ibu
6.botol susu
7.ubat & minyak
8.buku perubatan
9.Wang Tunai

Dijangka tempat bersalin di Ng Specialist Maternity Centre Muar..kira-kira 30minit perjalanan dari Tangkak..kos bersalin disana dari RM1500-RM4500 bergantung pada keadaan ibu & baby nanti..moga-moga ibu tiada komplikasi begitu juga baby..Allah tolong bantu kami!!

p/s:doa permudahkan hidayah bersalin dengan selamat ya!

Thursday, April 15, 2010

10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis


1. BAGAIMANA MENDEFINASIKAN ISTILAH 'DITAHAN'? HANYA APABILA …
a. Polis berkata kepada anda, "Anda ditahan"
b. Polis menggari tangan anda
c. Anda dilarang dari meninggalkan sesebuah bilik, kawasan atau sebagainya oleh pihak polis

2. BAGAIMANA SEKIRANYA ANDA DITAHAN OLEH PIHAK POLIS (semasa berjalan, memandu pulang dsb.)
a. Anda mungkin akan disoal. HANYA berikan butir-butiran diri anda seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat. Anda juga mungkin akan diminta menunjukkan kad pengenalan diri anda
b. Anda tidak perlu menjawap lain-lain soalan
c. Biasakan bertanya pengenalan diri polis yang berkenaan. Sentiasa catatkan nama dan nombor kad pengenalan mereka.
d. Catatkan nombor kenderaan ronda mereka

3. JIKA ANDA DITANYA LAIN-LAIN SOALAN
a. Tanya kepada polis berkenaan, "Adakah saya ditahan?"
b. Sekiranya mereka berkata "Ya", jangan menjawap apa-apa lagi soalan yang diajukan kepada anda. Adalah menjadi hak anda untuk menjawap apabila berada di mahkamah sahaja.
c. Sekiranya mereka berkata "Tidak", anda boleh beredar pada bila-bila masa sahaja.

4. JIKA ANDA DITAHAN
a. Beritahu orang-orang yang berhampiran dengan anda
b. Sekiranya anda mempunyai telefon bimbit, telefon rakan, keluarga atau peguam anda. Sekiranya anda ditahan di kawasan diantara Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Dataran Merdeka, besar kemungkinan anda akan dibawa ke balai polis Dang Wangi (Stadium) dan balai polis Campbell. Minta kawan anda, keluarga atau peguam anda pergi ke balai polis Dang Wangi dahulu untuk mengesahkan penangkapan anda dan dimana anda berada.
c. Catatkan / ingatkan waktu anda ditahan

5. KETIKA DITAHAN, PIHAK POLIS MESTI MEMBERITAHU ANDA
a. Mengapa anda ditahan

Tuesday, April 13, 2010

Doa Dapat Anak Soleh & Soleha..*__*


هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ ۖ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ

1. Di sanalah Zakariya mendoa kepada Tuhannya seraya berkata: "Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa."
(Ali-Imran:38)

رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
وَلَا تَحْسَبَنَّ اللَّهَ غَافِلًا عَمَّا يَعْمَلُ الظَّالِمُونَ ۚ إِنَّمَا يُؤَخِّرُهُمْ لِيَوْمٍ تَشْخَصُ فِيهِ الْأَبْصَارُ
2. Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan shalat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku. Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).
(Ibrahim:40-41)


p/s: selalu kena baca al-Fatihah, Yassin, at-Taubah, Yusuf, Lukman, Maryam!

Sunday, April 11, 2010

37 days to go!

di rumah lepas ku balik kerja..time ni dah 6 bulan..baru la nampak perut dia besar..
scan kat Ng Specialist Maternity Centre Muar..doc cakap baby normal..ibu tak payah injet pon tak pe..suka la isteriku tu..=)
time scan nie..tanpa ku duga, air mata ku mengalir taw..ahaha terharu kot..tgk baby tu menguap..doc cakap tu tgh mamam..nampak tulang belakang, jantung dia, kaki dia bergerak-gerak..Subbahanallah!
dah 4bulan nie..scan kat klinik keluarga Bukit Gambir..doc pesan suh amek darah..huhu..pening pale ku memikirkan camane nak amik darah isteri almaklumlah dia ade fobia ngan jarum!!
Scan Kat Klinik Rasa Sayang Bukit Gambir. Usia kandungan sudah 2bulan..
Alhamdulillah..akhirnya berhasil jua(baru ku tahu perasaan orang dapat baby..bkn senang la)..maklumlah jarang jumpe ku kat Johor & isteri kat Perak..ermmm mesti jadi time bulan ramadhan nie (kurnia anak yang soleh ya Allah)..sbb wife cukup puasa time tu..=)
mula-mula dapat tahu time hari raya.bestnya raya kali ini sbb pertama kali sambut sebagai suami isteri.tanpa ku duga, rupanya Allah bagi suatu lagi perkara yang mengembirakan.masa ni ku ingat tertanya-tanyalah nape tak period lagi so aku belikan lah tuk isteriku Pregnant Test..masa nak test ni..berdebo2 la aku sambil tunggu dpn toilet..hihi

Saturday, April 10, 2010

mencari yang luar biasa..


Bersemangat!


Hari ini..selasai menjalani "latihan dalam perkhidmatan" yang dilaksanakan di Kolej Komuniti Ledang..penceramahnya Dr.Kamarudin bin Md Tahir..walaupun kehadiran rakan-rakan ke kursus ini tidak 100% tetapi dari feedback yang ku dengar ia sangat berjaya..ermm pasni boleh la buat lagi ya..alhamdulillah!

Sabda Rasulullah s.a.w "Sampaikan dariku walau satu ayat"..nanti kita sampai-sampaikanlah pada rakan yang tidak dapat hadir ya..

diantara input-input yang ku dapat ialah tentang ciri-ciri pekerja cemerlang:
1.Kerja adalah hobi baginya.
2.Datang awal balik lambat.
3.Sangat berdisiplin.
4.Kualiti kerja lebih dari biasa.
5.Hormati & bersangka baik.
6.Waktu kerja 8jam kadang-kadang 12jam.
7.Idea yang unik, berpakaian kemas & wajah sentiasa tenang..


p/s:hari nie tahap motivasi diri sangat tinggi!

Untuk pertama kalinya

tujuan blog ini dicipta untuk merakam saat indah perjalanan hidup ku dan isteri agar menjadi kenangan untuk tatapan anak-anak & sahabat yang mengenali diri kami...rasanya masih tak terlewat untuk kami membuat blog walaupun sahabat-sahabat yang lain sudah lama maju ke hadapan dalam proses ini..

orang kata "bila dah ade blog ni kena ade komitmen yang tinggi bukan kerja tulis dan tinggal, kerja update perlu dijadualkan supaya nanti tak jadi sawang di laman sesawang"..betul juga katanya..

oleh itu, bila kita buat sesuatu perkerjaan ini perlu ade keikhlasan agar ia tidak menjadi sesuatu yang sia-sia dan tidaklah ia rugi di dunia & akhirat nanti..=)